Home
2020 STF Public Speaking Competition
04/05/2021 - 25 students were celebrated in a simple prize giving ceremony for their glorious win in the 2020 STF Public Speaking Competition carried out since January 2020 to January 2021. Due to the pandemic outbreak, the rounds took longer time to be completed. The competition was also carried out at different times and venues such as during morning assemblies, lessons in classrooms, PdPR and video submission.
Following are the top 25 achievers:
Winner: RAJA ATIQAH SOPHIA BINTI RAJA AZMAN
1st Runner-Up: NUR BATRISYIA HANNANI BINTI ZULKIFLEE
2nd Runner-Up: MIA AISHA BINTI MUZAFFAR
Gold Award receivers:
- AUNI NABILAH BINTI MOHD NOOR
- HANNA INSYIRAH BINTI IQBARULLAH
- NUR ALYA SYAZWANI BINTI HARIS
- NUR IRDINA NATASHA BINTI KAMARUL SYAMSI
- AFNAN NAYLI BINTI NUR FADHLI
- DARIN HUDA BINTI NORHAZLI
- NOOR SYAFIQAH BINTI NOOR SUHAIMI
Silver Award receiver:
- TUNKU NAQIYA BINTI TUNKU FADLEY
- NUR NAZLYN AMEERA BINTI MOHD NAZLI
Bronze Award receiver:
- FADHLIN JAMILA KHAYRIN BINTI MOHD FARID
Kursus Coaching of Coordinator (COC) 2021
30/4/2021 - Kursus Coaching of Coordinator peringkat Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru telah dijalankan di Dewan Bestari.
Kursus yang bermula jam 9:00 pagi itu merupakan suatu keperluan dalam melatih dan mendidik pemimpin-pemimpin murid di asrama. Seramai 65 orang peserta yang terdiri daripada Ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi Asrama, Ketua Pelajar, Timbalan Ketua Pelajar 1, Timbalan Ketua Pelajar 2, dan Ketua-ketua Kamar yang telah dilibatkan dalam memahami tugas dan peranan sebagai pemimpin murid di asrama.
Istimewa Kursus COC STF 2021 ini adalah dengan kehadiran Bonda Nor Hayati binti Yusoff selaku penceramah jemputan. Murid-murid sangat bertuah kerana mendapat nasihat dan tunjuk ajar secara terus daripada salah seorang pelopor Sistem Rumah SBP itu sendiri.
Berikut adalah antara pengisian yang dikongsikan:
- Sistem Rumah
- Pengurusan Asrama
- Pemantauan Asrama: Harian, Mingguan, & Bertema
- Pengisian Markah Rumah (ISIS)
- The 5 Best Practices
Semoga pengisian kali ini dapat membantu anak-anak syurga solehah ini menjalankan tugas dengan penuh amanah, komited dan berdedikasi.
Bahasa Perancis 'Francophonie' 2021
28 April 2021 : Panitia Bahasa Perancis telah menyertai Pertandingan Bahasa Perancis 'Francophonie' 2021 dalam talian pada 5 – 29 Mac 2021. Pertandingan ini dianjurkan oleh L'Organisation Internationale de la Francophonie dan Kedutaan Perancis di Malaysia. 119 orang pelajar telah menyertai pertandingan ini (28 orang pelajar Tingkatan 2, 38 orang pelajar Tingkatan 3, 47 orang pelajar Tingkatan 4 dan 6 orang pelajar Tingkatan 5).
STF telah memenangi 12 hadiah dalam pertandingan tersebut. Bonda Norhayati binti Yusoff, Pengetua Cemerlang Sekolah Tun Fatimah telah menyempurnakan simbolik penyampaian hadiah kepada dua orang wakil pelajar. Terima kasih, Bonda.
Merci beaucoup et jom cakap french lah 😉
#jomfrancais
Berikut adalah antara hasil kerja pelajar :
La parole n'est pas une colline, elle se déplace = Apa yang kita cakap bukanlah bukit, ianya akan bergerak.
Le visage est le mirror du coeur = Wajah ialah cermin hati seseorang
Tous ont une langue, peu ont d'oreilles = semua orang ada lidah, sedikit yang ada telinga.
Il n'y a pas de grenouille qui ne trouve pas son crapaud = tiada katak yang tak dapat jumpa pasangannya.



















