Home
Majlis Budi Dikenang Bakti Dijulang : Pn. Hjh. Radziah Mohd. Din
Majlis Budi Dikenang Bakti Dijulang untuk meraikan Pn Hjh Radziah binti Mohd Din, Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Tun Fatimah, atas pelantikan beliau sebagai Pengetua SM Sains Hulu Selangor, Selangor secara atas talian pada:
🗓15 Julai 2021 (Khamis)
⏰jam 2.15 petang
🌐https://bit.ly/3iaEJlj
Hadirin dipersilakan hadir bersama sebagai menghargai sumbangan dan bakti beliau sepanjang berkhidmat di Sekolah Tun Fatimah. Sekalung penghargaan dan tahniah diucapkan. Semoga terus cemerlang dalam memacu kepimpinan dalam pendidikan.
PLC Kecemerlangan SPM 2021
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
12 Julai 2021 - Program Perkongsian Amalan Terbaik Pengurusan PdP & Strategik Panitia berlangsung secara maya dianjurkan oleh Sekolah Tun Fatimah. Program ini melibatkan 4 subjek dan mendapat kerjasama dari Panitia Kimia dan Biologi SMS Faris Petra, Kelantan, Panitia Sejarah SMS Alam Shah, Putrajaya dan Panitia Pendidikan Islam Perkongsian SBPI Rawang, Selangor. Sekolah-sekolah lain yang turut sama terlibat adalah SMS Hulu Selangor, Selangor, SMS Iskandar, Mersing, Johor dan SMS Johor, Kluang. Program ini adalah bertujuan untuk memantapkan pengurusan PdPR dan strategik panitia melalui pengkongsian pintar daripada sekolah-sekolah terbaik.
Pelancaran Program Desa Tun Sejahtera
11 Julai 2021 - Program Desa Tun Sejahtera telah selamat dilancarkan oleh Bonda Nor Hayati binti Yusoff, Pengetua Cemerlang STF semasa Majlis Perhimpunan Rasmi Sekolah Atas Talian Bil. 5/2021. Antara objektif Progam Desa Tun Sejahtera (DST) adalah mengamalkan nilai-nilai murni untuk membentuk murid yang berakhlak mulia dan menjiwai bahawa amalan penyayang adalah budaya setiap murid dan warga Desa Tun dengan menghargai sumbangan rakan-rakan, guru, ibu bapa, komuniti dan masyarakat kepada diri dan juga sekolah. Program DTS yang berlangsung sepanjang tahun 2021 melibatkan semua pelajar berasaskan modul-modul yang telah ditetapkan untuk setiap tingkatan, antaranya Sejahtera Teladan, Sejahtera Ukhuwah Fillah, Sejahtera Ziarah Cakna, Sejahtera Kembara, Sejahtera Towards Leadership, Sejahtera Kesukarewalan dan Bina Legasi Sejahtera. Semoga progam DTS ini berjalan dengan lancar dan mencapai objektifnya. Maklumat lanjut boleh melayari pautan http://online.anyflip.com/rxsec/funy/mobile/index.html.













