Home
Malam STF Bermunajat bersama Ustaz Elyas Ismail

"Jom!! Eksplorasi Diversiti Buku Teks"

22 Ogos 2021 - Anda dijemput untuk memeriahkan program di bawah anjuran Kelab SPBT Sekolah Tun Fatimah, Jom!! Eksplorasi Diversiti Buku Teks dengan menurut serta dalam pelbagai pertandingan yang dianjurkan.
Program yang dirasmikan oleh Bonda Ustazah Nor Hayati binti Yusoff pada 22/8/2021 ini akan berlangsung selama 2 minggu bagi :
⁃ Memupuk budaya cintai dan sayangi buku teks
⁃ Mendedahkan ilmu dan kemahiran penjagaan buku teks
⁃ Meningkatkan disiplin pelajar terhadap penjagaan buku teks dengan baik
⁃ Membina kemahiran penggunaan teknologi dalam memupuk budaya cintai dan sayangi buku teks
⁃ Meningkatkan pengetahuan dan kesedaran terhadap penggunaan buku teks berdasarkan konsep "Home Based Learning"
Anda juga digalakkan untuk mengikuti perkembangan program yang akan berlangsung menerusi :
Instagram rasmi SPBT Sekolah Tun Fatimah
https://www.instagram.com/p/CS6E7hahQYE/?utm_medium=copy_link
dan
Laman web rasmi sekolah
https://www.stf.edu.my/v4/
Instagram (https://www.instagram.com/p/CS6E7hahQYE/?utm_medium=copy_link)
@spbt_stf
Murid dan Guru STF terus dihargai
15 Ogos 2021- Perhimpunan Rasmi Sekolah Bil 8/2021 yang diadakan secara langsung pada setiap Ahad berlangsung dengan lancar. Pada perhimpunan ini, Bonda Nor Hayati binti Yusoff terus menghargai murid dan guru dengan menyampaikan anugerah buat para pemenang bagi beberapa kategori yang dipertandingkan antaranya Kategori Perjumpaan Mentor Mentee terbaik 2021 yang telah diadadakan dalam kalangan Warga Desa Tun. Syabas diucapkan kepada Kamar Zainon 12 yang dinobatkan sebagai kamar terbaik keseluruhan. Selain itu, pengurusan e-profile juga turut dipertandingkan bagi kategori e-profile lengkap, e-profile kreatif dan kemas, dan kelas terbaik. Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pemenang. Senarai pemenang boleh dilihat di pautan berikut, https://stf.edu.my/2021/anugerahsemasaassembly15082021.pdf
Dalam perhimpunan itu juga, Bonda Nor Hayati binti Yusoff mengucapkan syabas dan tahniah kepada Pn Lili Murni binti Muhamed atas pelantikan sebagai Guru Kanan Matapelajaran Kemanusiaan berkuat kuasa 1 Ogos 2021. Warga Desa Tun juga mengalu-alukan kedatangan Pn Faridah binti Marmut, selaku Guru Pendidikan Agama Islam Sekolah Tun Fatimah yang baharu mendaftar pada 3 Ogos 2021.

