Home
STF anjur MATF 2 tahun serentak
09 Ogos 2021 - Kali pertama dalam siri sejarah penganjuran MATF di mana pada tahun ini ternukil Majlis Apresiasi untuk dua kohort hebat Desa Tun ini iaitu Querencia dan Avant Garde yang dijayakan serentak. Majlis yang disempurnakan oleh YBrs. Puan Faridah binti Yang Razali, Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pendidkan Malaysia diadakan secara maya melalui saluran Youtube Rasmi Sekolah Tun Fatimah. Turut serta dalam majlis tersebut adalah Bonda Nor Hayati binti Yusoff, Pengetua Cemerlang Sekolah Tun Fatimah dan Tn. Hj. Md Razin bin Mahmood selaku Yang DiPertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Tun Fatimah.
Pelbagai anugerah telah disampaikan yang melibatkan Anugerah Pentaksiran Kecemerlangan Pentaksiran Tingkatan 1 hingga 5, Anugerah Sedekad untuk pengiktirafan Guru dan Staf yang setia berbakti, Anugerah Terbaik Bahasa Antarabangsa, Anugerah Cemerlang SPM 2019 & 2020, Anugerah Panitia Terbaik SPM 2019 & 2020 dan Anugerah Khas SPM 2020. Pada majlis tersebut juga, Hajah Kamisah binti Aziz, mantan Pengetua STF telah menerima Anugerah Jasa Gemilang sebagai menghargai jasa dan khidmat bakti beliau semasa bertugas dengan cemerlang di STF.
Pada majlis tersebut juga, para warganet disajikan dengan persembahan video klip dari kohort Querencia dan Avant Garde. Persembahan nyanyian oleh Nurul Naseha binti Md Razin dan Nur Madihah binti Nor Azlan Helmi bersama krew persembahan berjaya menarik perhatian dan komen-komen dari warganet.
Buku program boleh dilihat melalui pautan https://anyflip.com/shyfc/tcbp/
Saksikan video MATF 2021
Majlis Anugerah Tun Fatimah 2021
Majlis Anugerah Tun Fatimah (MATF) 2021 yang julung-julung kalinya diraikan secara maya merupakan kemuncak pengiktirafan kejayaan dan penganugerahan kepada guru dan pelajar STF atas kecemerlangan yang dicapai terutamanya bagi lepasan SPM tahun 2019 & 2020 yang akan diadakan secara dalam talian pada:
🗓 9 Ogos 2021 (Isnin)
⏰ jam 2.30 petang
🌐 Youtube Rasmi Sekolah Tun Fatimah ( https://www.youtube.com/watch?v=VT78OA62jVA)
Hadirin dipersilakan hadir sebagai menghargai sumbangan atas kejayaan dan kecemerlangan mereka dalam pelbagai bidang yang mengharumkan nama sekolah. Sekalung penghargaan dan tahniah diucapkan.




