Home
Majlis Agihan Duit Raya Aidil Fitri
6 Mei 2021 : Majlis Agihan Duit Raya Aidil Fitri STF 2021 telah disempurnakan dan disampaikan oleh Bonda Nor Hayati binti Yusoff, Pengetua Cemerlang STF telah berlangsung dengan meriah di Dewan Bestari yang juga disiarkian secara langsung melalui Youtube Rasmi STF, pautan http://gg.gg/duitrayastf. Penyampaian duit raya di Dewan Bestari melibatkan murid Asnaf, semua Guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) , Pekerja Pembersihan, Pengawal Kelselamatan dan Pekerja Dewan Makan. Semua pelajar juga menerima Duit Raya di lokasi Gimnisium, Surau fatimah Az-Zahra (SUFAZ) dan Laman Puteri STF. Terima kasih kepada semua penyumbang, Bonda Nor Hayati binti Yusoff, Srikandi STF, JK Tabung Ehsani Srikandi (TES), Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Sarana Ibu Bapa, guru-guru serta individu-individu yang bermurah hati.








