Home
Murid dan Guru STF terus dihargai
15 Ogos 2021- Perhimpunan Rasmi Sekolah Bil 8/2021 yang diadakan secara langsung pada setiap Ahad berlangsung dengan lancar. Pada perhimpunan ini, Bonda Nor Hayati binti Yusoff terus menghargai murid dan guru dengan menyampaikan anugerah buat para pemenang bagi beberapa kategori yang dipertandingkan antaranya Kategori Perjumpaan Mentor Mentee terbaik 2021 yang telah diadadakan dalam kalangan Warga Desa Tun. Syabas diucapkan kepada Kamar Zainon 12 yang dinobatkan sebagai kamar terbaik keseluruhan. Selain itu, pengurusan e-profile juga turut dipertandingkan bagi kategori e-profile lengkap, e-profile kreatif dan kemas, dan kelas terbaik. Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pemenang. Senarai pemenang boleh dilihat di pautan berikut, https://stf.edu.my/2021/anugerahsemasaassembly15082021.pdf
Dalam perhimpunan itu juga, Bonda Nor Hayati binti Yusoff mengucapkan syabas dan tahniah kepada Pn Lili Murni binti Muhamed atas pelantikan sebagai Guru Kanan Matapelajaran Kemanusiaan berkuat kuasa 1 Ogos 2021. Warga Desa Tun juga mengalu-alukan kedatangan Pn Faridah binti Marmut, selaku Guru Pendidikan Agama Islam Sekolah Tun Fatimah yang baharu mendaftar pada 3 Ogos 2021.
STF anjur MATF 2 tahun serentak
09 Ogos 2021 - Kali pertama dalam siri sejarah penganjuran MATF di mana pada tahun ini ternukil Majlis Apresiasi untuk dua kohort hebat Desa Tun ini iaitu Querencia dan Avant Garde yang dijayakan serentak. Majlis yang disempurnakan oleh YBrs. Puan Faridah binti Yang Razali, Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pendidkan Malaysia diadakan secara maya melalui saluran Youtube Rasmi Sekolah Tun Fatimah. Turut serta dalam majlis tersebut adalah Bonda Nor Hayati binti Yusoff, Pengetua Cemerlang Sekolah Tun Fatimah dan Tn. Hj. Md Razin bin Mahmood selaku Yang DiPertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Tun Fatimah.
Pelbagai anugerah telah disampaikan yang melibatkan Anugerah Pentaksiran Kecemerlangan Pentaksiran Tingkatan 1 hingga 5, Anugerah Sedekad untuk pengiktirafan Guru dan Staf yang setia berbakti, Anugerah Terbaik Bahasa Antarabangsa, Anugerah Cemerlang SPM 2019 & 2020, Anugerah Panitia Terbaik SPM 2019 & 2020 dan Anugerah Khas SPM 2020. Pada majlis tersebut juga, Hajah Kamisah binti Aziz, mantan Pengetua STF telah menerima Anugerah Jasa Gemilang sebagai menghargai jasa dan khidmat bakti beliau semasa bertugas dengan cemerlang di STF.
Pada majlis tersebut juga, para warganet disajikan dengan persembahan video klip dari kohort Querencia dan Avant Garde. Persembahan nyanyian oleh Nurul Naseha binti Md Razin dan Nur Madihah binti Nor Azlan Helmi bersama krew persembahan berjaya menarik perhatian dan komen-komen dari warganet.
Buku program boleh dilihat melalui pautan https://anyflip.com/shyfc/tcbp/
Saksikan video MATF 2021
Majlis Anugerah Tun Fatimah 2021
Majlis Anugerah Tun Fatimah (MATF) 2021 yang julung-julung kalinya diraikan secara maya merupakan kemuncak pengiktirafan kejayaan dan penganugerahan kepada guru dan pelajar STF atas kecemerlangan yang dicapai terutamanya bagi lepasan SPM tahun 2019 & 2020 yang akan diadakan secara dalam talian pada:
🗓 9 Ogos 2021 (Isnin)
⏰ jam 2.30 petang
🌐 Youtube Rasmi Sekolah Tun Fatimah ( https://www.youtube.com/watch?v=VT78OA62jVA)
Hadirin dipersilakan hadir sebagai menghargai sumbangan atas kejayaan dan kecemerlangan mereka dalam pelbagai bidang yang mengharumkan nama sekolah. Sekalung penghargaan dan tahniah diucapkan.


