Home
Program Fly High Add Maths
18 Julai 2021 : Fly High Add Maths 2021 merupakan program perkongsian pintar yang sama sahaja dengan program yang lain. Cuma kali ini kita lebarkan sayap ke semua zon dengan mengambil salah sebuah SBP sebagai rakan program untuk 3 zon. SMS Tun Syed Sheh Shahabudin mewakili Zon Utara, SMS Sultan Mahmud mewakili Zon Timur dan Sekolah Sultan Alam Shah mewakili Zon Tengah. Program Fly High Addmaths 2021 berlangsung secara maya dianjurkan oleh Panitia Matematik Tambahan Sekolah Tun Fatimah. Program ini melibatkan 45 orang pelajar Tingkatan 5 Sekolah Tun Fatimah dan mendapat kerjasama daripada guru-guru Matematik Tambahan SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin dan 46 orang pelajar Tingkatan 5 SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin. Program ini bertujuan untuk memantapkan lagi konsep dalam subjek Matematik Tambahan para pelajar menerusi pembentangan para pelajar. Melalui kolabrasi antara dua buah sekolah ini, para pelajar dapat memperoleh pelbagai tips dan input untuk diaplikasikan dalam peperiksaan SPM akan datang. Sentuhan kali ini diharapkan anak-anak syurga solehah kita berpeluang untuk bertukar-tukar pendapat secara maya dalam teknik menjawab soalan, serta semangat untuk membantu rakan dan tidak segan / malu untuk memperbaiki kelemahan, malahan akan membangkitkan semangat untuk berusaha menjadi ‘duta kecil’ kepada rakan-rakan yang lain. Program ini akan diteruskan lagi dengan siri yang akan datang bersama beberapa sekolah lagi. Semoga program seperti ini dapat memberi manfaat berguna buat para pelajar SPM tahun ini.
Budi Dikenang Bakti Dijulang
15 Julai 2021 - STF bersedih dengan kehilangan seorang Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Hajah Radziah Mohd. Din yang begitu komited dan berwibawa dalam kerjayanya selama 26 tahun di Desa Tun. Pelbagai cabaran, halangan dan rintangan yang beliau hadapi dalam membantu STF cemerlang dan gemilang dalam pelbagai bidang. Kehilangannya amat dirasai oleh semua warga STF dan juga Srikandi STF mahu pun bekas-bekas rakan sejawat semasa di STF. Turut hadir dalam majlis yang diadakan secara maya adalah Bonda Nor Hayati binti Yusoff, Pengetua Cemerlang STF dan Pn. Eta Fara binti Samin selaku wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru STF. Syabas dan tahniah di atas pelantikan beliau sebagai Pengetua di Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (SEMASHUR). Selamat bertugas dan semoga terus membawa kejayaan di SEMASHUR.
Layari video Majlis Budi Dikenang Bakti Dijulang di youtube Sekolah Tun Fatimah Official
STF terima Anugerah Gangsa dalam MYCYS 2021
Ahli kumpulan











