Home
TIGRINE terus melakar kegemilangan
KEJOHANAN BOLA JARING MSSD BAWAH 18 TAHUN TAHUN 2024
Tarikh: 02-04/07/2024
Tempat: VELODROM, EDUCITY
LIGA KUMPULAN A
STF vs KV PERDAGANGAN (10-7)
STF vs KV TG PUTERI (21 - 0)
STF vs SMK TASEK UTARA(25-2)
STF vs CONVENT (20-5)
PUSINGAN KEDUA
STF vs SMK TAMAN U (14-5)
SUKU AKHIR
STF vs SMK SRI TEBRAU (8-4)
SEPARUH AKHIR
STF vs SIGS (21-16)
FINAL
STF vs SMK TUN SYED NASIR ISMAIL (22-12)
ANUGERAH KHAS:
SPORTSMANSHIP
IRDINA ALEESYA MOHD SHAMSU (GD)
PENJARING TERBANYAK
NURFARAH FAQIHAH ZULKURNAIN (GS)
PEMAIN TERBAIK (MVP)
AINAA SYARAFINA AYOB KHAN(GA)
TIGRINE berjaya mengekalkan KEJUARAAN bagi tahun 2024. Terima kasih kepada Bonda, barisan pentadbir, guru-guru penasihat bola jaring terutamanya kepada PUAN JUNAINI JAMIRUN selaku pengurus pasukan dan PUAN LILI MURNNI MUHAMED selaku jurulatih pasukan TIGRINE serta semua guru penasihat bola jaring. Tidak lupa juga kepada semua guru yang memberi pelepasan kepada TIGRINE untuk bertanding di kejohanan kali ini. Setinggi-tinggi ucapan penghargaan kepada ibubapa, SK TIGRINE & PIBG yang sentiasa memberi sokongan. Jasa baik semua akan kami kenang.
Lawatan Penanda Aras dari SEMENZA
4 Julai 2024 - Lawatan Penanda Aras dari Sekolah Menengah Kebangsaan Zainab (SEMENZA), Kota Bharu diketuai oleh Pn. Sharifah Nor Arinawati binti Long Ibrahim selaku Pengetua dan 5 orang guru serta 32 orang murid SEMENZA ke STF. Program dimulai dengan Tayangan Video Korporat STF, Ucapan Alu-aluan dari Bonda Hajah Radziah binti Mohd Din, Pengetua STF. Seterusnya Taklimat Program Kecemerlangan Akademik disampaikan oleh Pn. Nakimah binti Paimin selaku Penolong Kanan dan Taklimat Perkongsian Program Apple Distinguished School (ADS) oleh En. Muhammad Zawawi bin Md Noordin. Program diakhiri dengan taklimat oleh Tech Leader Tingkatan 3 tentang projek-projek yang dihasilkan menggunakan aplikasi-aplikasi seperti Pages, Keynotes, Garage Band, iMovie dan Reality Composer.
Bicara Tuan Pengarah bersama Meravigliosa
2 Julai 2024 - Keberadaan YBrs. En. Ab Aziz bin Mamat, Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh, KPM di Sekolah Tun Fatimah selepas memberikan ucaptama semasa Bengkel Kerja Penyelarasan Perancangan Pembangunan Program Projek Pendidikan Baharu Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Dalam Rancangan Malaysia Ke-13diisi dengan program Bicara Tuan Pengarah bersama murid tingkatan 5 di Dewan Bestari STF.
Bengkel Kerja Penyelarasan Perancangan Pembangunan Program Projek Pendidikan Baharu SBP
2 Julai 2024 - Bengkel Kerja Penyelarasan Perancangan Pembangunan Program Projek Pendidikan Baharu Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Dalam Rancangan Malaysia Ke-13 yang melibatkan 19 buah SBP berlangsung di Sekolah Tun Fatimah Johor Bahru. Bengkel yang melibatkan Pengetua, Guru Data dan Penyelaras Bahasa Antarabangsa turut dihadiri YBrs. En. Ab Aziz bin Mamat, Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pendidikan Malaysia yang memberikan ucaptama semasa bengkel.


















