Home
TIGRINE kekal 8 tahun juara
12 Julai 2024 - TIGRINE berjaya mengekalkan kejuaraan 8 tahun berturut-turut dalam Kejohanan Bola Jaring Sekolah Berasrama Penuh Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Velodrom Iskandar Puteri. Majlis Penutup disempurnakan oleh YBrs. En Mohd Fauzy Bin Sunary, Ketua Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Asrama, Sukan dan Kokurikulum, BPSBP. KPM selaku wakil rasmi Pengarah BPSBP. KPM. 3 orang pemain TIGRINE juga mendapat anugerah khas iaitu Nor Farah Faqihah binti Zulkarnain sebagai Penjaring Terbanyak, Siti Nur Balqis binti Muhammad Nazir sebagai Penyerang Terbaik manakala Anugerah Pemain Terbaik dimenangi Irdina Aleesya binti Mohd Shamsu. Syabas dan Tahniah kepada semua pemenang dan didoakan agar semua pasukan selamat sampai di destinasi masing-masing.
TIGRINE berjaya ke akhir
11 Julai 2024 - TIGRINE berjaya ke akhir Kejohanan Bola Jaring Sekolah Berasrama Penuh Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Velodrom Iskandar Puteri. Kejohanan yangn dikelolakan oleh Sekolah Tun Fatimah Johor Bahru bermula 9 dan akan berakhir pada 12 Julai 2024. Semua ibu bapa, Srikandi, PIBG STF dan orang ramai dijemput untuk menyaksikan perlawanan akhir antara pasukan Sekolah Tun Fatimah Johor Bahru (STF) dengan Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor (KUSESS). Bagi yang tidak dapat hadir, boleh layari siaran langsung melalui Youtube di Laman Web Rasmi Kejohanan.
Strider terima peralatan hoki tajaan TNB
10 Julai 2024 - Majlis Penyerahan Sumbangan Peralatan Sukan Hoki tajaan Tenaga Nasional Berhad bagi tahun 2024 Peringkat Negeri Johor berlangsung dengan lancar di Sekolah Tun Fatimah Johor Bahru yang dirasmikan oleh Lead Retail Johor, Puan Nazirah Binti Abd Nasir. Sekolah-sekolah yang terlibat ialah Sekolah Tun Fatimah, SK Kampong Jawa Segamat, SK Felda Tenggaroh 2 dan SK Seri Taman Kluang Barat. Pihak STF mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak TNB di atas sumbangan yang diberikan.
Kejohanan Bola Jaring SBP Peringkat Kebangsaan 2024

Selamat berjuang dengan semangat kesukanan kepada semua pemain Kejohanan Bola Jaring Sekolah Berasrama Penuh Peringkat Kebangsaan 2024 yang akan bermula pada 10 hingga 12 Julai 2024 di Velodrom Iskandar Puteri. Semua dipelawa untuk mengikuti perkembangan perlawanan dalam Kejohanan Bola Jaring Sekolah Berasrama Penuh Peringkat Kebangsaan 2024 melalui Laman Rasmi Kejohanan.








